Friday 27 June 2014

PEMANTAUAN ASRAMA GEMILANG KALI KEDUA

ASSALAMUALAIKUM. W.B.T..

Pada 25 Jun 2014, pihak pengurusan asrama dari KV PD telah datang untuk memantau asrama KV DUHMS. Pemantauan ini merupakan pemantauan kali kedua bagi mencari 6 buah asrama yang berjaya ke peringkat seterusnya. Oleh itu, dari pagi hingga tengahari, pihak KV PD telah memantau sekitar asrama dengan membahagikan tempat kepada tiga kawasan iaitu 
A. kawasan pertama iaitu Pejabat Warden, Bilik Rehat, Surau dan sekitar asrama
B. Kawasan kedua iaitu Dewan Makan, Dapur Asrama dan Pejabat Penyelia Asrama
C. Kawasan ketiga iaitu Dorm, Bilik Menggosok, Bilik Basuh, Tandas.

Persediaan bagi menghadapi pemantauan ini telah kami kerjakan bersama-sama dengan Pihak pengurusan kolej, Unit Pengurusan Asrama, Unit Kebersihan Kolej dan para pelajar. 
Alhamdulillah, kami berjaya bersama-sama menyelesaikan dan memenuhi segala item dalam kriteria tersebut. Namun, masih terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, alhamdulillah, kami tetap bersyukur dengan keputusan yang diberikan. Kami berjaya meningkatkan peratusan pemantauan dengan jayanya. AMIN..








Saturday 14 June 2014

PENGINAPAN BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL VOKTEK 2014

PENGINAPAN BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL VOKTEK 2014

Assalamualaikum w.b.t...

Pada 3 Jun - 7 Jun 2014, Karnival VOK TEK telah diadakan di Zon Negeri Sembilan/Melaka. Terdapat pelbagai sukan telah dipertandingkan, antaranya ialah Softbol, Bola Sepak, Ragbi, Bola Jaring dan lain-lain. 

Pihak KV DUHMS telah bertanggungjawab dalam Jamuan dan Penginapan untuk kontinjen Bola Jaring dari semua zon yang bertanding. Sebanyak 10 kontinjen yang bertanding iaitu dari zon Sabah, Sarawak, Kelantan/Terengganu, Kedah/Perlis, Perak, Pahang, P.Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan/Selangor dan Negeri Sembilan/Melaka.

Selama hampir 6 hari, 10 kontinjen iaitu seramai 140 orang peserta termasuk 10 pengurus dan 10 jurulatih telah menginap di asrama KV DUHMS. Mereka selesa dengan penginapan serta makanan yang disediakan. Pelbagai kemudahan telah disediakan, antaranya ialah set karaoke, Outdoor Gym, dan sebagainya. 

SELAMAT DATANG!!!