Assalamualaikum w.b.t...
PERTANDINGAN DEWAN MAKAN & KANTIN BERSIH, SELAMAT & SIHAT
Pada 2 April 2014, pihak Unit Pengurusan Asrama khususnya Ketua Warden, Warden, Exco Dewan Makan, Penyelia Asrama dan Pengurusan Dewan Makan telah didatangi oleh pihak Jabatan Kesihatan untuk memantau pengendalian makanan dan pengurusan dewan makan di Dewan Makan Asrama KV DUHMS. Semua pihak bekerjasama dalam menjayakan program ini supaya dewan makan KV DUHMS berjaya memenangi pertandingan ini..Alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Pihak Jabatan Kesihatan yang datang memantau seramai 7 orang telah memantau pengurusan dewan makan, persekitaran dewan makan, penyimpanan makanan, pengendalian makanan, perjalanan sebelum, semasa dan selepas waktu makan serta sebagainya. Tetapi khususnya kepada kebersihan dan keceriaan dewan makan. Hal ini bagi memastikan suasana dan cara pengendalian yang efektif bagi mengelakkan sebarang masalah keracunan atau sebagainya pada masa akan datang kelak. Pihak ini berada di dewan makan sehingga waktu makan tengah hari.
Di bawah merupakan gambar-gambar semasa pemantauan sedang dijalankan.
|
Semakan borang & dokumen penting mengenai dewan makan. |
|
Pegawai JKN melihat website/blog asrama KV DUHMS berkaitan dengan dewan makan khususnya kesihatan. |
|
Perbincangan bersama. |
|
Antara pihak yang terlibat untuk mengisi soal selidik. |
|
Borang soal selidik sedang diisi oleh pihak KV DUHMS yang terlibat. |
|
Antara pelajar yang terlibat dalam soal selidik tersebut. |
|
Pemantauan semasa waktu makan tengah hari. |
|
Penyampaian cenderamata kepada Pegawai dari JKN. |
Semoga Dewan Makan Asrama KV DUHMS berjaya memenangi pertandingan ini...AMIN...
No comments:
Post a Comment