Assalamualaikum w.b.t,
Gotong-Royong Dewan Makan
Pada 19 April 2014, iaitu pada hari Sabtu, pihak pengurusan asrama telah mengadakan gotong-royong. Gotong-royong ini dilakukan bersama-sama semua pelajar untuk memastikan dewan makan sentiasa cantik, kemas dan bersih serta ceria.
Pelbagai aktiviti pembersihan dan keceriaan diadakan pada hari ini. Antaranya ialah membasuh sarung kusyen, mengecat kayu, menampal gambar-gambar berkaitan, menyusun kerusi dan meja serta sebagainya.
|
Ketua Unit Pengurusan Asrama, Pn Wan Hazmah Wan Hanafi memberi sedikit taklimat dan slide show mengenai gotong-royong serta pertandingan ini. |
|
Kumpulan dari Dorm Siti Fatimah membersihkan sudut Sette. |
|
Pelajar Tahun 1 mengikis cat yang jatuh ke atas lantai. |
|
Sebahagian pelajar diarahkan memasang langsir di dalam dewan makan. |
|
Pelajar Dorm Ain Zubaidah dikehendaki membersihkan kawasan kolam ikan.
Semoga kerjasama yang terjalin antara warga asrama dapat dikekalkan dan moga berjaya mendapat kemenangan hasil usaha bersama-sama.
AMIN...
|
No comments:
Post a Comment