Monday 13 October 2014

LATIHAN SENAMSENI 2014

Assalamualaikum w.b.t

Sempena Temasya Sukan Sekolah yang bakal diadakan pada hari Khamis ini pada 16 Oktober 2014, Exco Rekreasi Asrama KVDUHMS telah mengadakan latihan senamseni bagi memastikan persembahan Senamseni pada 16 Oktober 2014 berjalan dengan lancar. 

Tujuan latihan ini adalah untuk peserta menghafal langkah-langkah senamseni. Dalam satu lagu yang mengambil masa dalam 20 minit, terdapat tarian melayu (Zapin Bunga Hutan), tarian india (Tinak ke Tina Ta Na), tarian cina (Man Chang Fei) dan tarian Sabah (Jambatan Tamparuli). 

Pada awalnya, latihan diadakan untuk exco rekreasi dan beberapa pelajar lain untuk membentuk langkah-langkah tersebut dan pemilihan lagu. Setelah 2 hari, latihan ini diadakan, kami memanggil 10 orang pelajar setiap rumah sukan untuk mengadakan latihan setiap petang dan malam. 

Latihan bersama rumah sukan.
Latihan pada waktu petang hingga 6.30 petang
Latihan Senam seni untuk direkodkan dalam video tayangan.

Friday 10 October 2014

PENILAIAN ASRAMA GEMILANG PERINGKAT KEBANGSAAN

Assalamualaikum w.b.t ...


Salam kembali...dah lama juga tidak update..
Baru-baru ini, pihak asrama KVDUHMS telah terpilih untuk masuk ke Penilaian Asrama Gemilang peringkat kebangsaan. 

Maka, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tempoh masa sehingga tarikh penilaian. Pada awalnya, para penilai akan turun pada 3 Oktober 2014. Tetapi, tarikh telah ditukar kepada 8 Oktober 2014. 

Alhamdulillah, pengurusan kami telah diberi masa untuk mengemaskini data dan membaikpulih asrama luar dan dalam. 

Pada hari kejadian, iaitu pada hari Rabu, hari naik sekolah (8Oktober 2014), 5 orang penilai telah datang ke kolej kami pada pukul 2.30 petang. Senarai nama para penilai tersebut ialah 
  1. En A.Rahman bin Makbul Ahmad (UHEM, BPTV)
  2. En Azlan bin Saat (SMT Kuala Lumpur)
  3. En Mohd Nazri bin Abd Aziz (KV Sungai Buloh)
  4. En Ahmad Fakrurazi bin Hj Hamzah (KV Tawau)
  5. En Abd Raof bin Abdullah (KV Batu Lanchang)

Gambar sepanjang Penilaian Asrama Gemilang

Para penilai yang menilai bahagian dorm

Para penilai sedang berbincang mengenai pemarkahan dan penilaian tandas.

En Mohd Nazri sedang mendengar maklumat di dorm Siti Fatimah.


Semoga Unit Pengurusan Asrama berjaya ke peringkat seterusnya dan pada masa yang sama, kita dapat mengekalkan keadaan asrama yang ceria dan kondusif. 

Tuesday 30 September 2014

LATIHAN KEBAKARAN/FIRE DRILL 2014

Assalamualaikum w.b.t

Pada 28 September 2014, Exco 3K Asrama KV DUHMS telah mengadakan latihan kebakaran yang pertama pada pukul 1.00 pagi. 

Pada awalnya, pihak asrama telah berbincang secara ringkas dengan pihak Bomba dan Penyelamat Rembau mengenai perjalanan latihan pada malam tersebut. Selepas itu, lebih kurang 1.45 pagi, latihan dimulakan. 

Setelah beberapa minit loceng dibunyikan, penghuni asrama mula bergerak ke kawasan lapang. 
Setelah selesai memastikan semua penghuni asrama berada di kawasan lapang, taklimat laporan latihan diberikan oleh Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau. 

Alhamdulillah, latihan ini berjalan dengan lancar.

Semua penghuni asrama selamat berada di astaka.
Mama dorm mengambil kehadiran bagi memastikan anak-anak buah dalam dorm selamat keluar.
Pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau memberi taklimat dan laporan latihan kebakaran pada pagi tersebut.
Cenderamata diberikan sebagai tanda penghargaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.
Jamuan kecil.



Sunday 28 September 2014

PERTANDINGAN KARNIVAL VOKASIONAL TEKNIK (KAVOT) ZON MELAKA/NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum w.b.t...

Sepanjang bulan September 2014, pihak asrama KV DUHMS telah menghantar satu pasukan telah dihantar untuk beberapa jenis pertandingan KAVOT iaitu :
  1. PERTANDINGAN DIKIR BARAT KAVOT - KV DATUK SERI MD ZIN
  2. PERTANDINGAN CATUR KAVOT - KV AMPANGAN
  3. PERTANDINGAN BOLA BALING KAVOT - KV DATO' LELA MAHARAJA
  4. PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU ASLI KAVOT - KV PORT DICKSON
Pelbagai pertandingan telah dijalankan oleh zon Melaka/ Negeri Sembilan bagi memilih peserta untuk mewakili zon ini ke Pertandingan KAVOT peringkat kebangsaan di Johor Bahru. Tahun ini, asrama KV DUHMS tidak berjaya untuk menghantar wakil ke peringkat seterusnya. 
Ini adalah keputusan pertandingan : 
  1. PERTANDINGAN DIKIR BARAT KAVOT - TEMPAT KE-5
  2. PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU ASLI KAVOT - TEMPAT KE-3
Pertandingan Nyanyian Lagu Asli di KV PD
Pertandingan Dikir Barat di KV Datuk Seri Md Zin
Pertandingan Catur di KV Ampangan


Friday 27 June 2014

PEMANTAUAN ASRAMA GEMILANG KALI KEDUA

ASSALAMUALAIKUM. W.B.T..

Pada 25 Jun 2014, pihak pengurusan asrama dari KV PD telah datang untuk memantau asrama KV DUHMS. Pemantauan ini merupakan pemantauan kali kedua bagi mencari 6 buah asrama yang berjaya ke peringkat seterusnya. Oleh itu, dari pagi hingga tengahari, pihak KV PD telah memantau sekitar asrama dengan membahagikan tempat kepada tiga kawasan iaitu 
A. kawasan pertama iaitu Pejabat Warden, Bilik Rehat, Surau dan sekitar asrama
B. Kawasan kedua iaitu Dewan Makan, Dapur Asrama dan Pejabat Penyelia Asrama
C. Kawasan ketiga iaitu Dorm, Bilik Menggosok, Bilik Basuh, Tandas.

Persediaan bagi menghadapi pemantauan ini telah kami kerjakan bersama-sama dengan Pihak pengurusan kolej, Unit Pengurusan Asrama, Unit Kebersihan Kolej dan para pelajar. 
Alhamdulillah, kami berjaya bersama-sama menyelesaikan dan memenuhi segala item dalam kriteria tersebut. Namun, masih terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, alhamdulillah, kami tetap bersyukur dengan keputusan yang diberikan. Kami berjaya meningkatkan peratusan pemantauan dengan jayanya. AMIN..








Saturday 14 June 2014

PENGINAPAN BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL VOKTEK 2014

PENGINAPAN BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL VOKTEK 2014

Assalamualaikum w.b.t...

Pada 3 Jun - 7 Jun 2014, Karnival VOK TEK telah diadakan di Zon Negeri Sembilan/Melaka. Terdapat pelbagai sukan telah dipertandingkan, antaranya ialah Softbol, Bola Sepak, Ragbi, Bola Jaring dan lain-lain. 

Pihak KV DUHMS telah bertanggungjawab dalam Jamuan dan Penginapan untuk kontinjen Bola Jaring dari semua zon yang bertanding. Sebanyak 10 kontinjen yang bertanding iaitu dari zon Sabah, Sarawak, Kelantan/Terengganu, Kedah/Perlis, Perak, Pahang, P.Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan/Selangor dan Negeri Sembilan/Melaka.

Selama hampir 6 hari, 10 kontinjen iaitu seramai 140 orang peserta termasuk 10 pengurus dan 10 jurulatih telah menginap di asrama KV DUHMS. Mereka selesa dengan penginapan serta makanan yang disediakan. Pelbagai kemudahan telah disediakan, antaranya ialah set karaoke, Outdoor Gym, dan sebagainya. 

SELAMAT DATANG!!!



Tuesday 20 May 2014

PEMANTAUAN ASRAMA GEMILANG KALI PERTAMA

PEMANTAUAN ASRAMA GEMILANG KALI PERTAMA 

assalamualaikum w.b.t, 

Pada 20 Mei 2014, pihak pengurusan asrama telah dikunjungi oleh tiga orang wakil dari Kolej Vokasional Port Dickson. Tujuan kedatangan adalah untuk memantau asrama untuk Pertandingan Asrama Gemilang 2014. Ini merupakan pemantauan kali pertama bagi memastikan kriteria-kriteria dalam pertandingan dapat dipenuhi seterusnya, membolehkan asrama kolej memenangi pertandingan pada tahun 2014. Amin..