Monday 13 October 2014

LATIHAN SENAMSENI 2014

Assalamualaikum w.b.t

Sempena Temasya Sukan Sekolah yang bakal diadakan pada hari Khamis ini pada 16 Oktober 2014, Exco Rekreasi Asrama KVDUHMS telah mengadakan latihan senamseni bagi memastikan persembahan Senamseni pada 16 Oktober 2014 berjalan dengan lancar. 

Tujuan latihan ini adalah untuk peserta menghafal langkah-langkah senamseni. Dalam satu lagu yang mengambil masa dalam 20 minit, terdapat tarian melayu (Zapin Bunga Hutan), tarian india (Tinak ke Tina Ta Na), tarian cina (Man Chang Fei) dan tarian Sabah (Jambatan Tamparuli). 

Pada awalnya, latihan diadakan untuk exco rekreasi dan beberapa pelajar lain untuk membentuk langkah-langkah tersebut dan pemilihan lagu. Setelah 2 hari, latihan ini diadakan, kami memanggil 10 orang pelajar setiap rumah sukan untuk mengadakan latihan setiap petang dan malam. 

Latihan bersama rumah sukan.
Latihan pada waktu petang hingga 6.30 petang
Latihan Senam seni untuk direkodkan dalam video tayangan.

Friday 10 October 2014

PENILAIAN ASRAMA GEMILANG PERINGKAT KEBANGSAAN

Assalamualaikum w.b.t ...


Salam kembali...dah lama juga tidak update..
Baru-baru ini, pihak asrama KVDUHMS telah terpilih untuk masuk ke Penilaian Asrama Gemilang peringkat kebangsaan. 

Maka, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tempoh masa sehingga tarikh penilaian. Pada awalnya, para penilai akan turun pada 3 Oktober 2014. Tetapi, tarikh telah ditukar kepada 8 Oktober 2014. 

Alhamdulillah, pengurusan kami telah diberi masa untuk mengemaskini data dan membaikpulih asrama luar dan dalam. 

Pada hari kejadian, iaitu pada hari Rabu, hari naik sekolah (8Oktober 2014), 5 orang penilai telah datang ke kolej kami pada pukul 2.30 petang. Senarai nama para penilai tersebut ialah 
  1. En A.Rahman bin Makbul Ahmad (UHEM, BPTV)
  2. En Azlan bin Saat (SMT Kuala Lumpur)
  3. En Mohd Nazri bin Abd Aziz (KV Sungai Buloh)
  4. En Ahmad Fakrurazi bin Hj Hamzah (KV Tawau)
  5. En Abd Raof bin Abdullah (KV Batu Lanchang)

Gambar sepanjang Penilaian Asrama Gemilang

Para penilai yang menilai bahagian dorm

Para penilai sedang berbincang mengenai pemarkahan dan penilaian tandas.

En Mohd Nazri sedang mendengar maklumat di dorm Siti Fatimah.


Semoga Unit Pengurusan Asrama berjaya ke peringkat seterusnya dan pada masa yang sama, kita dapat mengekalkan keadaan asrama yang ceria dan kondusif. 

Tuesday 30 September 2014

LATIHAN KEBAKARAN/FIRE DRILL 2014

Assalamualaikum w.b.t

Pada 28 September 2014, Exco 3K Asrama KV DUHMS telah mengadakan latihan kebakaran yang pertama pada pukul 1.00 pagi. 

Pada awalnya, pihak asrama telah berbincang secara ringkas dengan pihak Bomba dan Penyelamat Rembau mengenai perjalanan latihan pada malam tersebut. Selepas itu, lebih kurang 1.45 pagi, latihan dimulakan. 

Setelah beberapa minit loceng dibunyikan, penghuni asrama mula bergerak ke kawasan lapang. 
Setelah selesai memastikan semua penghuni asrama berada di kawasan lapang, taklimat laporan latihan diberikan oleh Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau. 

Alhamdulillah, latihan ini berjalan dengan lancar.

Semua penghuni asrama selamat berada di astaka.
Mama dorm mengambil kehadiran bagi memastikan anak-anak buah dalam dorm selamat keluar.
Pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau memberi taklimat dan laporan latihan kebakaran pada pagi tersebut.
Cenderamata diberikan sebagai tanda penghargaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.
Jamuan kecil.



Sunday 28 September 2014

PERTANDINGAN KARNIVAL VOKASIONAL TEKNIK (KAVOT) ZON MELAKA/NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum w.b.t...

Sepanjang bulan September 2014, pihak asrama KV DUHMS telah menghantar satu pasukan telah dihantar untuk beberapa jenis pertandingan KAVOT iaitu :
  1. PERTANDINGAN DIKIR BARAT KAVOT - KV DATUK SERI MD ZIN
  2. PERTANDINGAN CATUR KAVOT - KV AMPANGAN
  3. PERTANDINGAN BOLA BALING KAVOT - KV DATO' LELA MAHARAJA
  4. PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU ASLI KAVOT - KV PORT DICKSON
Pelbagai pertandingan telah dijalankan oleh zon Melaka/ Negeri Sembilan bagi memilih peserta untuk mewakili zon ini ke Pertandingan KAVOT peringkat kebangsaan di Johor Bahru. Tahun ini, asrama KV DUHMS tidak berjaya untuk menghantar wakil ke peringkat seterusnya. 
Ini adalah keputusan pertandingan : 
  1. PERTANDINGAN DIKIR BARAT KAVOT - TEMPAT KE-5
  2. PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU ASLI KAVOT - TEMPAT KE-3
Pertandingan Nyanyian Lagu Asli di KV PD
Pertandingan Dikir Barat di KV Datuk Seri Md Zin
Pertandingan Catur di KV Ampangan


Friday 27 June 2014

PEMANTAUAN ASRAMA GEMILANG KALI KEDUA

ASSALAMUALAIKUM. W.B.T..

Pada 25 Jun 2014, pihak pengurusan asrama dari KV PD telah datang untuk memantau asrama KV DUHMS. Pemantauan ini merupakan pemantauan kali kedua bagi mencari 6 buah asrama yang berjaya ke peringkat seterusnya. Oleh itu, dari pagi hingga tengahari, pihak KV PD telah memantau sekitar asrama dengan membahagikan tempat kepada tiga kawasan iaitu 
A. kawasan pertama iaitu Pejabat Warden, Bilik Rehat, Surau dan sekitar asrama
B. Kawasan kedua iaitu Dewan Makan, Dapur Asrama dan Pejabat Penyelia Asrama
C. Kawasan ketiga iaitu Dorm, Bilik Menggosok, Bilik Basuh, Tandas.

Persediaan bagi menghadapi pemantauan ini telah kami kerjakan bersama-sama dengan Pihak pengurusan kolej, Unit Pengurusan Asrama, Unit Kebersihan Kolej dan para pelajar. 
Alhamdulillah, kami berjaya bersama-sama menyelesaikan dan memenuhi segala item dalam kriteria tersebut. Namun, masih terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, alhamdulillah, kami tetap bersyukur dengan keputusan yang diberikan. Kami berjaya meningkatkan peratusan pemantauan dengan jayanya. AMIN..








Saturday 14 June 2014

PENGINAPAN BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL VOKTEK 2014

PENGINAPAN BOLA JARING SEMPENA KARNIVAL VOKTEK 2014

Assalamualaikum w.b.t...

Pada 3 Jun - 7 Jun 2014, Karnival VOK TEK telah diadakan di Zon Negeri Sembilan/Melaka. Terdapat pelbagai sukan telah dipertandingkan, antaranya ialah Softbol, Bola Sepak, Ragbi, Bola Jaring dan lain-lain. 

Pihak KV DUHMS telah bertanggungjawab dalam Jamuan dan Penginapan untuk kontinjen Bola Jaring dari semua zon yang bertanding. Sebanyak 10 kontinjen yang bertanding iaitu dari zon Sabah, Sarawak, Kelantan/Terengganu, Kedah/Perlis, Perak, Pahang, P.Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan/Selangor dan Negeri Sembilan/Melaka.

Selama hampir 6 hari, 10 kontinjen iaitu seramai 140 orang peserta termasuk 10 pengurus dan 10 jurulatih telah menginap di asrama KV DUHMS. Mereka selesa dengan penginapan serta makanan yang disediakan. Pelbagai kemudahan telah disediakan, antaranya ialah set karaoke, Outdoor Gym, dan sebagainya. 

SELAMAT DATANG!!!



Tuesday 20 May 2014

PEMANTAUAN ASRAMA GEMILANG KALI PERTAMA

PEMANTAUAN ASRAMA GEMILANG KALI PERTAMA 

assalamualaikum w.b.t, 

Pada 20 Mei 2014, pihak pengurusan asrama telah dikunjungi oleh tiga orang wakil dari Kolej Vokasional Port Dickson. Tujuan kedatangan adalah untuk memantau asrama untuk Pertandingan Asrama Gemilang 2014. Ini merupakan pemantauan kali pertama bagi memastikan kriteria-kriteria dalam pertandingan dapat dipenuhi seterusnya, membolehkan asrama kolej memenangi pertandingan pada tahun 2014. Amin..






Saturday 3 May 2014

SAMBUTAN HARI JADI BULAN JAN - APRIL 2014

SAMBUTAN HARI JADI BULAN JAN - APRIL 2014

Pada hari Jumaat yang lalu, pihak pengurusan kolej dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan satu sambutan hari jadi untuk warga KV DUHMS yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga April. Sambutan ini sentiasa dijalankan sepanjang tahun atas galakan pengurusan KV DUHMS dan pengurusan asrama. 

TEMA : ARABIAN NIGHT 

Di sini, terdapat beberapa gambar semasa sambutan Hari Guru.

Pelajar lelaki yang menyambut hari lahir pada bulan Januari hingga April.

Backdrop untuk sambutan.

Aktiviti memotong kek mengikut bulan.

Sambutan memotong kek bersama Puan Pengarah.

Aktiviti memotong kek bersama Ustazah Fatimah.



Monday 28 April 2014

PERTANDINGAN SAHIBBA & SCRABBLES

PERTANDINGAN SAHIBBA & SCRABBLES 

assalamualaikum w.b.t ...semua...

Pada 24 April 2014, Exco Rekreasi Asrama telah mengadakan satu pertandingan anjuran bersama Pusat Sumber KV DUHMS iaitu Pertandingan Sahibba & Scrabble 2014. Pertandingan ini diadakan pada waktu malam di astaka KV DUHMS. Pertandingan ini melibatkan pelajar Tahun 1 & Tahun 2. 

Pemenang-pemenang telah diketahui dan telah diumumkan...

Pertandingan Sahibba :

Johan - Nor Syazana Jafridin (T2CU1)
Naib Johan - Nor Syahirah Adleen (T1CU)
Ketiga - Nur Syazwani Nornizam (T2FMP)

Pertandingan  Scrabble :

Johan - Nur Atiqah Najwa Ibrahim (T2CU1)
Naib Johan - Nur Qistina Salleh Nazary (T1COSME)
Ketiga - Anis Sofia Baharin (T1CU)





Sunday 27 April 2014

PEMANTAUAN PENGGAMBARAN VIDEO ASRAMA GEMILANG

PEMANTAUAN PENGGAMBARAN VIDEO ASRAMA GEMILANG 

Pada 22 April 2014, pihak Pengurusan Dewan Makan Asrama KV DUHMS telah dikunjungi oleh sekumpulan pegawai JKM untuk merekod satu dokumentari dewan makan. Penggambaran ini adalah untuk dokumentasi Pertandingan Asrama Gemilang 2014 yang kami sertai. 
Tambahan, pihak pengurusan asrama dan semua warga asrama telah bekerjasama dalam menjayakan dan memastikan segala keperluan yang diperlukan sepanjang penggambaran dapat dipenuhi sekaligus, melayakkan kami untuk memenangi pertandingan ini. Amin..
Semoga segala gerak kerja dan kerjasama dalam kalangan warga KV DUHMS berjaya menempatkan kami dalam pertandingan ini. Segala kerjasama semua pihak curahkan dalam persediaan pemantauan ini, saya dahulukan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih...

Semoga Dewan Makan Asrama berjaya ke peringkat seterusnya..AMIN...
Pelajar Asrama bermain chess dan congkak di kawasan permainan di dalam Dewan Makan.

Kawasan rehat untuk penambahan maklumat.

Dokumentasi untuk pengurusan.

Antara jurukamera yang hadir untuk merakam dan merekod segala butiran untuk dimasukkan dalam video dokumentari. 

Pengusaha dewan makan asrama bersama penngurusan dewan makan dan penyelia asrama.

Jamuan tengahari untuk tetamu.

Cenderamata kepada tetamu

Sunday 20 April 2014

GOTONG-ROYONG DEWAN MAKAN

Assalamualaikum w.b.t,

Gotong-Royong Dewan Makan


Pada 19 April 2014, iaitu pada hari Sabtu, pihak pengurusan asrama telah mengadakan gotong-royong. Gotong-royong ini dilakukan bersama-sama semua pelajar untuk memastikan dewan makan sentiasa cantik, kemas dan bersih serta ceria. 

Pelbagai aktiviti pembersihan dan keceriaan diadakan pada hari ini. Antaranya ialah membasuh sarung kusyen, mengecat kayu, menampal gambar-gambar berkaitan, menyusun kerusi dan meja serta sebagainya.

Ketua Unit Pengurusan Asrama, Pn Wan Hazmah Wan Hanafi memberi sedikit taklimat dan slide show mengenai gotong-royong serta pertandingan ini.
Kumpulan dari Dorm Siti Fatimah membersihkan sudut Sette.
Pelajar Tahun 1 mengikis cat yang jatuh ke atas lantai.
Sebahagian pelajar diarahkan memasang langsir di dalam dewan makan.
Pelajar Dorm Ain Zubaidah dikehendaki membersihkan kawasan kolam ikan.

Semoga kerjasama yang terjalin antara warga asrama dapat dikekalkan dan moga berjaya mendapat kemenangan hasil usaha bersama-sama. 

AMIN...


Wednesday 16 April 2014

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DEWAN MAKAN & KANTIN BERSIH, SELAMAT & SIHAT

Assalamualaikum w.b.t 


KEPUTUSAN PERTANDINGAN DEWAN MAKAN & KANTIN BERSIH, SELAMAT & SIHAT

Keputusan pertandingan untuk Dewan Makan & Kantin Bersih, Selamat & Sihat telah dikeluarkan dan dihantar melalui pos. Didapati, alhamdulillah, hasil kerjasama dan berkat doa, dewan makan KV DUHMS berjaya mendapat NAIB JOHAN. Maka, dewan makan KV DUHMS telah layak untuk dicalonkan ke peringkat kebangsaan. Untuk itu, pada hari Selasa minggu depan iaitu 22 April 2014, sesi pengambaran video akan dijalankan. 

TAHNIAH kepada semua terlibat!!!!

Semoga kejayaan bakal dicapai lagi kelak untuk peringkat seterusnya...Amin.

Tuesday 8 April 2014

PEMANTAUAN UNTUK PERTANDINGAN DEWAN MAKAN & KANTIN BERSIH, SELAMAT & SIHAT

Assalamualaikum w.b.t...


PERTANDINGAN DEWAN MAKAN & KANTIN BERSIH, SELAMAT & SIHAT

Pada 2 April 2014, pihak Unit Pengurusan Asrama khususnya Ketua Warden, Warden, Exco Dewan Makan, Penyelia Asrama dan Pengurusan Dewan Makan telah didatangi oleh pihak Jabatan Kesihatan untuk memantau pengendalian makanan dan pengurusan dewan makan di Dewan Makan Asrama KV DUHMS. Semua pihak bekerjasama dalam menjayakan program ini supaya dewan makan KV DUHMS berjaya memenangi pertandingan ini..Alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pihak Jabatan Kesihatan yang datang memantau seramai 7 orang telah memantau pengurusan dewan makan, persekitaran dewan makan, penyimpanan makanan, pengendalian makanan, perjalanan sebelum, semasa dan selepas waktu makan serta sebagainya. Tetapi khususnya kepada kebersihan dan keceriaan dewan makan. Hal ini bagi memastikan suasana dan cara pengendalian yang efektif bagi mengelakkan sebarang masalah keracunan atau sebagainya pada masa akan datang kelak. Pihak ini berada di dewan makan sehingga waktu makan tengah hari. 

Di bawah merupakan gambar-gambar semasa pemantauan sedang dijalankan. 

Semakan borang & dokumen penting mengenai dewan makan.

Pegawai JKN melihat website/blog asrama KV DUHMS berkaitan dengan dewan makan khususnya kesihatan.

Perbincangan bersama.

Antara pihak yang terlibat untuk mengisi soal selidik.
Borang soal selidik sedang diisi oleh pihak KV DUHMS yang terlibat.

Antara pelajar yang terlibat dalam soal selidik tersebut.
Pemantauan semasa waktu makan tengah hari.
Penyampaian cenderamata kepada Pegawai dari JKN.
Semoga Dewan Makan Asrama KV DUHMS berjaya memenangi pertandingan ini...AMIN...